Assalamualaikum!
instagram / twitter / facebook
← lapuk
#BajuRayaProject
Tuesday, June 21, 2016
Post-event #BajuRayaProject 2016 post. LOL
Haa tahun ni punya BRP dua dua session Alhamdulillah aku dapat join. First session dekat Masjid Wilayah dan second session dekat Panggung Percubaan UPM last week. First session buat masa bukan bulan puasa, dan second session buat masa bulan puasa. Big different!


KEJAP.
Apa tu, baju raya project?

#BajuRayaProject ni satu program amal usaha murni NGO Projek Kaseh in which pakaian baju raya (semua jenis, semua saiz) dikumpul dan seterusnya diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal serta anak anak yatim sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Diasaskan daripada kak aida sue since 2013, sekarang program ni dah bertapak kukuh dekat Malaysia ever since. 

Okay, dan untuk second session hari tu,
habis exam Material Processing Tech pagi tu terus aku datang Panggung (nasib dekat kahkahkah).
Some trivia untuk second session hari tu:
- Volunteers yang daftar mencecah hampir 200 orang!
- 10,000 pakaian terkumpul
- Dihantar ke 30 buah rumah kebajikan kawasan KL dan Selangor
- dan juga 100 rumah keluarga asnaf area Selangor
- Ada some group dari UTM Johor join, and volunteer untuk hantar ke rumah kebajikan dekat Johor sana. Johor-Selangor kot? Power diorang ni. Kagum aku.
- Ada jugak some dude ni, Danial nama dia. Baru balik dari UK, datang ke BRP, ambik sumbangan, and shoot terus balik Ipoh dan bagi dekat rumah kebajikan dekat sana. Lagi aku kagum! Hebat anak muda!

Pentas dekat Panggung Percubaan tu penuh dengan hasil sumbangan para penderma. PENUH! 
Ni antara sumbangan paling banyak pernah dapat sepanjang aku start join program ni tahun lepas. Alhamdulillah, rezeki semua orang.
You guys yang baca ni, next year join lah! Ramai kawan kawan baru yang aku kenal setiap kali join program ni. Plus, tak dapat beri barang, beri sumbangan tenaga pun jadi lah.
"Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima."
Insyaallah, Alhamdulillah :)



First session dekat Masjid Wilayah

 Second session last week dekat Panggung Percubaan UPM

Some of us Campus Curator (ada lagi yang lain!). huu rindu semua!

Tamat sudah #BajuRayaProject tahun 2016

Labels:


Petang.
Wednesday, December 23, 2015
terdampar di suatu cafe di sini,
dengan alunan suara keheningan kenderaan
dan asap rokok yang menghiasi pemandangan
petang

angin halus menghembuskan
aroma kesendirian dan kegelisahan
ditemani tompok kertas putih

fikiran terus menompok,
sama sifatnya dengan daun pada musim gugur
yang terus menutupi keinginan untuk berdikari

kopi yang aku pesan hitam gelap,
sama seperti masa depan yang dulu aku hiraukan
namun manis, seakan ada harapan malu

terdampar di suatu cafe di sini,
dengan ayunan suara merdumu
dan kebimbangan yang selalu hadir
petang.

Labels:


Haram ke halal ke haram jadah?
Saturday, May 2, 2015
"Hai saya Linglung," gua hulur salam. Ajun buat muka pesen orang nerveous.

"Bapak saya cakap tak boleh salam dengan budak laki. Dia kata haram," jelas Ajun penuh jujur. Bukan main-main punya gaya.

Itu jam juga gua rasa macam nak menggelupur bawah seat bas sekolah. Sumpah gua ingat babi saja yang haram dipegang.




HAHAHAHA! Aku yang tengah membaca ni pun macam nak menggelupur bawah katil. Salah satu petikan dalam Sperma Cinta oleh Aisa Linglung keluaran Lejen Press. Seriously worth the read. Banyak cerita pasal benda lama, but olahan dia buat aku terhibur dengan gaya bahasa yang dia lontarkan yang dia gunakan. Buku ni dah lama keluar actually, tapi ni baru dapat baca thanks to a friend who lend me this. You guys should get it now!




Labels:


Indahnya dunia.
Saturday, April 18, 2015
Aku terlantar diatas hamparan hammock, terdiam seketika. Hampir terlena, tapi dek lamunan yang kian menyusuri perjalanan minda separa sedar, aku terus berkeadaan sebegitu. Indahnya dunia ini. Pepohonan yang menghijau, langit yang membiru, awan putih yang menjejer indah, dan matahari yang bersinar. Oh indahnya dunia ini, indah sekali.


Tuhan, kau lahir kan aku, tak pernah aku meminta dan aku tahu, sebelum aku Kau ciptakan, berjuta tahun tak terhingga lamanya Kau terus menerus mencipta berbagai ragam. Tuhan, pantaskah Kau berikan hidup sesingkat ini. dari berjuta juta tahun kemahakayaan-Mu, setitis air dalam samudera tak bertepi. Dengan tenaga imaginasi, Kau limpahkan, aku dapat mengikuti dan meniru permainan-Mu, girang berkhayal dan mencipta berbagai ragam.
Terpesona, Terpesona aku menikmati keindahan alam ciptaan-Mu. Sangat indah sekali. Sebagai khalifah yang penuh menerima sinar cahaya-Mu. Dalam kemahaluasan kerajaan-Mu, tak ada lah pilihan dari bersyukur dan bahagia, bekerja dan mencipta. Dengan kecerahan kesedaran dan kepenuhan jiwa, tidak tertanggung tidak alang kepalang. Sekelumit hidup yang Kau hadiahkan dalam kebesaran dan kedalaman kasih-Mu, tiada berwatas akan kukembangkan, semarak, semekar-mekarnya sampai saat terakhir nafasku Kau relakan. Indah sekali dunia ini.
Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Tuhan.

Labels:


Kem Inspirasi Fizik.
Sunday, April 5, 2015
*Jari-jemari bermain diatas keyboard laptop dikala jam menunjukkan jarum berada tepat pada nombor 4.30, jam 430 pagi. Tak ditekan pun keyboard tu, sebaliknya masih mencari idea. Bukan! Sebaliknya masih berfikir sejenak sama ada mahu post di instagram atau pun di blog. Iya lah, sekarang ni tersangat rare kalau masih menggunakan blog instead of Instagram mahupun Twitter. Kalau Facebook tu memang jauh sekali kalau nak letak seperkara sebegini. Apa boleh buat, zaman dah moden, zaman hipster sekarang ni, "Apa barang pakai blog? Kau ingat ni zaman 90-an? Kau ingat kau tulis dekat blog ni ada orang nak baca?" Setan tiba-tiba mencelah. Ada saja bicaranya memecah-belahkan antara kanan dan kanan, putih dan putih, atas dan atas. Sudah tersuratnya setan diwujudkan begitu.

"I don't have much time to worry such nonsense!" Tiba-tiba kepala otak meraung. 

Lulls. hahahahaha.

3-5 April 2015. Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban (Seremban Science Girl School)

Lari sungguh pembuka kata dekat atas tu dengan tittle post. Ni aku rasa kalau ambik Bahasa Melayu penulisan balik ni mesti fail punya ni. K. 

Setelah sekian lama kembali jugak sebagai fasilitator. The last time i went was, em, last year kot? SEMESTIB's PRS Camp, ke Matrik Pahang? Lost track already. So much event happened recently. Tapi kali ni pun, sebagai fasilitator dan unit multimedia, publisiti, fotografi je. Before this dekat Sabah & Teluk Intan. If it's not the upm's new rule guide apakebende yang kata apa-apa program sekarang tak boleh buat melebihi jarak 250km, dah sampai kelantan dah weekend ni. But everything happens for a reason. Walaupun tak jadi fasi kumpulan, i had fun this past 2 days :) 
Tak tau kenapa. Mungkin salah satu sebab dia, aku ni Ex-SBP? Mungkin. 

Dema, court basketball, aspura aspuri, "Assalamualaikum dan salam sejahtera, perhatian kepada saudari jemah binti ali, sila turun ke dataran sekarang kerana anda punyai tetamu." something like that? Flashbacks strucked me like lightning lulls.

Sampai hari jumaat, then hari sabtu hari 1st program. Masa Ice Breaking tu, fasi buat modul yang tukar tukar kasut tu, and typical normal student would lari lintang pukang, terjerit terlolong cari kasut diorang "weh kasut aku kasut nike warna biru kuning weh! Sape nampak bagi tau aku! Mana kasut aku woi?!" Sambil pegang kasut entah siapa punya macam kibar bendera nak pergi perang dunia ke-12. But what did happen? 
Tiba tiba sorang wakil student jerit suruh buat satu line untuk susun kasut diorang semua. Ye, tersusun. Senang nak cari. Pandai kan? Damn bright! And not just that. Everytime fasi cakap turun sebelum pukul berapa, 
they did. Cukup tepati masa. Praktik disiplin, well manners. Semua tu top class. Life is full of ripple effect comes from every each near you. The wave effect of positivity that impact you guide you to how you are now. 

Sebab aku tak jadi fasi kumpulan untuk kem kali ni, aku macam tak dikenali betul. Bila aku tanya diorang nama aku siapa, "abang photographer" Sedih Tahap dewa! HAHAHAHA Lantak lah, tak ada tempat nak mengadu, mengadu lah dalam blog. Ye tak? HAHAHAHAHA At the end, ada je some student kenal nama aku. Siap minta maaf personally dekat aku sebab tak kenal nama aku dan masa tu buat aku terharu betul. Siap bagi button batch diorang lagi! Yang tu paling aku tak boleh lupa sekali sebab boleh "Apa lah, nama je fasi kumpulan, tapi tak tak dapat apa apa! kahkahkah! (sambil tunjuk button buat muka berlagak.)" Tapi, sebenarnya, aku tak berapa ingat pun nama nama student tu. The only name that i remember is Puteri Arlis Tsharina something sebab nama dia unik sikit plus, 2 3 kali jugak jumpa dia sebab dia supposedly jadi photographer wakil daripada sekolah tu tapi kesian lah. Buat apa dia join program kalau duk pegang camera tangkap gambar? Aku tak apa lah, dah memang tugas aku. Ingat masa dia nak pulang camera aku tu, dapat lah selfie sikit ke exchange twithandle ke insta ke apa, tapi tak sempat. Sedih tahap dewa aku masa tu. Nasib lah tak menitis air mata. K, over betul.

Masa diorang nyanyi lagu batch tu, i was wowed. Padu habis lah batch diorang ni. Serious masa tu memang aku tak bayang benda lain dah selain batch aku sendiri, Cengkudu Rockers 0509. Dan lagu diorang tu macam pernah dengar pulak. Tapi tak ingat lagu apa hahaha Tapi diorang nyanyi semangat betul lah. Aku macam nak join je nyanyi sekali. 

Zaman sekolah memang zaman yang paling best. Bagi aku lah. Setakat ni experience memang lah ada sekolah, matrik, uni's life... but so far bagi aku, sekolah paling best. Ulang alik Johor-Pahang, berdikari merantau sorang sorang since form 1. Best. Maybe sebab bonding dengan batchmate apa semua? Entah lah. Tapi aku rasa diorang punya bonding mesti lagi kuat. Tak ada f=ma yang dapat cut them off, that can tear them from lattice to basis! Maybe ni kem terakhir aku kot? Lepas ni dengan dinner fac yang baru berapa percent progress. intern and so on. lepas AGM dah boleh rilek dah. Alhamdulillah.

Sum up everything, dengan manners macam tu, disiplin macam tu, 10A+ tak ada hal lah adik adik. Wishing you girls the very best, keep up the P=mv. Insyaallah berjaya. Lepas tu masuk Fakulti Sains. hahaha
HIDUP SOVEREIGN 1415!




Labels:


pandangan hina: perspektif ataupun pemikiran?
Thursday, March 26, 2015
 “Bila manusia mahu menjadi Tuhan,
Segala apa yang tidak disukai dijatuhkan hukuman.
Rupa paras bukankah satu kurnia?
Mengubahnya dengan sengaja bukankah mengundang dosa?”


Entahlah.
Padahal benda begini sudah dipupuk sejak dari kecil. Kita diajar melayan setiap orang sama rata, tidak mengira siapa pun mereka. Apa latar belakang mereka dan sebagainya. Adakah kalau kita sakit dan pergi ke pusat perubatan yang di mana pengamal perubatannya tidak sama bangsa dan agama dengan kita, kita akan dihalau pergi begitu sahaja?

Sesuatu untuk difikirkan barangkali.
Begitu juga dengan orang yang melihat warna kulit, saiz tubuh badan dengan pandangan hina dan mengagungkan warna kulit serta saiz badan dia dan keluarga dia sebagai yang ideal. Jadi, bagaimana dengan orang lain yang tidak serupa? Hinanya mereka di mata manusia yang berperangai sedemikian rupa ya?

Barangkali sebagai manusia yang baru mendaki tangga kematangan --- banyak benda yang perlu dipelajari. Tapi aku jujurnya tidak mengerti bagaimana boleh wujud manusia yang membezakan manusia hanya disebabkan paras rupa, warna kulit dan saiz tubuh badan. Dengan kenyataan bahawa jika bersama dengan orang yang 'kekurangan' dalam segi paras rupa, fizikal ini menjadikan keturunan tidak dikembangkan dengan baik, aku hanya mampu meraup wajah mendengarkan ada lagi yang berfikiran dangkal sedemikian rupa.

Dalam keadaan manusia makin maju, lebih canggih rupanya ada manusia yang dangkal dan daif pemikirannya. Kalau paras rupa yang menjadikan seseorang itu hebat dan bukan amalannya, perlakuan dan akhlaknya, barangkali tidak ramai yang layak menjadi baik. Lebih ramai yang akan beratur untuk mengubah penampilan, tubuh yang telah Allah kurniakan. 

Dunia tidak kejam. 

Hidup tidak kejam. 
Manusia-manusia yang hasad dengki menjadikan ia kejam.

Labels:


I wonder.
Wednesday, March 18, 2015
I wonder.
How often do you think about why, your friends come into your life? was it random? or by design? or maybe a little of both? Regardless of the reasons, some friends you just know are gonna be by your side for awhile. Others? huh I'm not so sure.

One mystery i can't figure out is why some people come into our lives? why some people go? Others? become apart of you. Some friendship feel like they'll last forever. And some others end far too soon. Not every friendship is meant to last a life time. So what does last forever? It's the pain. When that person is gone.

Labels: ,


herzlich willkommen 6th semester!
Wednesday, February 25, 2015





Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk semester 6 dah. Walaupun sedikit kerisauan kegusaran ketakutan sebab result semester 5 aku jatuh, insyaallah, hopefully aku boleh overcome balik  pada semester ni. 1st week lecture, sebenarnya aku masih tak settle lagi pendaftaran kursus ni sebab ada satu subjek ni aku tak boleh nak daftar dalam SMP sebab dah cukup quota. Masih dalam process nak jumpa lecturer tu by this week. So far, for this semester i'll be taking:
1. Optic Modern.
2. Solid State.
3. Electronic Design.
4. Microprocessor and Microcomputer.
5. Pengucapan Awam.
6. Internship (right after this semester).
Total creadit hour: 21.


There's one more yang buat aku tak tenang setakat ni. Worried so much that i couldn't stand the pace throughout this semester. Malam Apresiasi Saintis bulan mei, dan sekarang dah nak masuk bulan mac. Hopefully aku boleh jaga crew, dan settlekan semua ni dengan tenang. Amin.


Kepada kawan kawan aku yang terbaca post ni, selamat menghadapi kuliah kuliah you guys. 
*kenyit mata* :)


Labels: ,


National Aspiration & Leadership Symposium 2015.
Monday, February 9, 2015
"If your actions inspire others to dream more,
learn more,
do more,
and become more,
YOU ARE IN A RIGHT TRACK OF BECOMING A GREAT LEADER"
-John Quiney Adams-

7th February 2015. Putra World Trade Centre.

Apa tu NALS?
NALS tu nama pendek bagi National Aspiration & Leadership Symposium. Long story short, a full day event promoting, sharing intellectual discourse among young leaders. Wakil wakil MPP serta student all over Malaysia, Aussie, Korean and etc. Bagi aku, ni platform dimana student boleh make connection dengan student dari uni lain. Tu je sebenarnya yang paling penting. 

Kenapa join event ni sedangkan sekarang ni waktu cuti?
Hmmm Macam mana nak jawab? Ceh, lantak aku lah. Ada kau susah susah yang kena pegi keh?! K.
Tak ada lah. Okay. 2nd NALS, which is last year (2014) aku ada join. I found it fancy, so aku pun join lah yang kali ke-tiga ni. Tak ada lah gigih mana pun sebenarnya as i don't have many things to do pun for this sem break. Plus memang aku ada hal something nak disettlekan kat fac, dan pepatah mengatakan "Sambil menyelam, minum air, kentut sekejap, tangkap ikan, lepas tu goreng."

So kali ni punya theme, A Globalized World: Principles of Innovative Leadership. And a lil info for last year's NALS was Empowering The Next Generation of Malaysians: Shaping The Future of Our Nation. Frankly speaking, aku sebenarnya lagi suka tahun lepas punya daripada this year punya symposium. Kalau last year punya, quite simple. Opening speech, 1st session, 2nd session, 3rd session, 4th session dan tajuk tajuk dia macam "Youth Parliament: Channeling the Voices of Young Malaysians", "Continuing A Legacy vs Implementing New Ideas: A Delicate Balancing Act", "Youth as Problem Solvers: Ingenuity in Nation Building", " Achieving Your Dreams: Sky is the Limit or is it Space". Untuk tahun ni punya, tajuk dia macam "A New Era of Leadership in Facing National Security Challanges" (Opening speech daripada YB Dato' Seri Hishammudin Tun Hussien) lepas tu "Creadibility of Gen-Y in Leadership" (Session 1 daripada panelist Rahman Hussin, Alia Ishak, Razmel Nazrin, Michael Teoh and moderated by Hafeez Jeofry). Jangan risau kalau tak kenal, aku pun tak kenal langsung they all ni siapa. And lepas je sesi 1, terus multi-cluster session.

Maybe yang membuatkan tahun ni punya tak berapa menarik sebab dia buat multi-cluster session tu. Pandangan aku lah, maybe sebab diorang nak pegi kesemua session tu, tapi tak dapat sebab kena pilih satu je. Contoh macam aku, aku nak sangat pergi cluster D, sebab ada Redza Minhat. Redza Minhat woi?! Lupa pulak nak bagi tau pasal multi-cluster session. MCS ni sebenarnya ada 4 sesi, tapi dijalankan serentak. Like, you have to choose 1 out of those 4 session. 
Okay, mana tadi? Haa Redza Minhat woi, sape je tak suka dia tuu? Aku yang lelaki ni pun boleh merembes testical aku tengok dia, inikan pula gadis gadis yang lemah? Tapi aku sedar aku ni siapa, dan aku dah terbayang Cluster D tu penuh, dan sesak, dan padat macam apa, dan aku lupakan hasrat aku lalu aku pilih Cluster A. Sebab aku dapat rasakan Cluster B, dan Cluster C mesti membosankan dan langsung tak menarik perhatian aku. Cluster D pasal arts, Cluster C pasal volunterism, Cluster B pasal corporate sector dan Cluster A pasal... "A Hyperconnected World: Challenges to Leadership and Perception Building" (daripada YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek)

You guys tau, masuk masuk je hall tu dia suruh semua masuk group telegram untuk speech tu. Aku dengan data tengah ciputnya, dengan tak ada telegramnya, dengan memory phone yang dah nak fullnya, nampak tak betapa menggelabahnya aku memikirkan masalah tu? hahahahahahahahahahaha
tengah aku baru nak swipe screen, tiba tiba bunyi mic "haa, ni nombor sape yang 1st masuk group telegram ni? naik atas pentas cepat ambik hadiah." Aku tengok dia pegang 3 kotak gadget. Cilaka aku cakap, waduyuexpek, menteri komunikasi dan multimedia kot? setakat gadget apahal lah sangat. kah! Terus aku tengok semua orang duk serabut pegang phone. Memang tak dinafikan sepanjang sesi tu, phone, internet data memang essential gila. Masa speech dia pun dia suruh like/comment gambar yg dia directly post dekat page fb dia. Then masa game, game pun berasaskan voting dalam group kecil lepas tu create satu projek, trendingkan hashtag projek tu dekat twitter. kahkahkah puas aku minta bantuan tweetfamous tweetfamous yang aku kenal, namun ada je halangan nak menang. You guys tau menang dapat apa? Dekat atas pentas tu terpampang 29 galaxy note tab edge 3 amende samsung entah. Team aku tak menang pun, tapi dapat power bank pun jadi lah. Even tak guna mana pun haa. Lepas tu closing speech daripada YB KJ. Dinner, performance apa semua. habis. I might say konklusi daripada pengisian dia banyak kearah remaja, kenegaraan, berbaur politik sedikit. Yeah, atleast bukan sembang kedai kopi.



[ gambau ]



Buku Program

Small reunion dengan EXSAS.
Batch #gorypunyaapanamaentah0307 #cengkudurockers0509 
#casuarina0610 #zealous0913

Kena paksa dengan junior. Lantak engko lah diknon. 

Orang kuat KOYA Clothing. Senior.

Delegasi UPM






Well, itu jelah yang dapat aku kongsikan. Mungkin ni NALS yang terakhir aku join? Aku harap tak. Kalau kau rasa kau suka tengok lelaki pakai laced shoes, suits, ini lah tempatnya. Contoh macam yang tengah duduk atas sofa tu? Tak merembes ke tengok? k, dah tak mao, tak nak cakap dah, bye!



Labels: ,


Tutorial: Download template Adobe After Effect cecantik.
Saturday, January 10, 2015
Adobe After Effect, apa tu?
Adobe After Effect atau orang lain biasa panggil dengan gelaran AE ni sebenarnya satu Software Application untuk create video compositions, motion graphics, visual effects power power yang you guys selalu tengok dalam filem, video dan animasi. AE ni jugak membolehkan kita animate, alter, composite media dalam bentuk 2D, mahupun 3D dengan macam-macam tools, presets, plug-ins, dan lain-lain. Ada lagi sebenarnya video editing software yang macam AE ni seperti contoh Corel, Sony Vegas, Edius, Autodesk, Adobe Flash, even Windows Live Movie Maker yang korang selalu buat video cantum-cantum gambar tu kan? Basically function dia sama, tapi macam biasa lah, pasti ada kelebihan dan kekurangan dalam setiap software tu.

Template pulak. makanan apakah itu?
Malas aku taip panjang panjang. Tampor karang tak tau template tu apa.


Lari tajuk dah. Mana tadi?

Ni link, tekan bawah ni:
Auf comel.







Screenshot untuk some of you yang tak bukak page tu.

Kalau you guys bukak link tadi tu, dekat atas tu ada some of the criteria yang you guys nak. Page ni jugak akan update tiap tiap hari template diorang dan setakat ni aku tak nampak lagi template template yang diorang upload tu berulang macam cerita pokemon dekat channel 119. Dan sebenarnya ada je lagi page yang boleh korang download, tapi bagi aku ni tempat terbaik. Kalau tak jumpa apa yang aku nak, baru aku cari tempat lain. Ataupun kalau you guys ada spot spot lain nak download, bagi lah link dekat ruangan comment. Tak baik kedekut orang kata hehe

So basically dekat page ni ada 2, template berbayar(VIP) dan satu lagi free. Yes, banyak gila template free dekat page ni. Ingat senang ke nak buat template AE ni? Melainkan you guys dah ada degree dalam multimedia or atleast tiap masa menghadap laptop doplohpat jam memang lah. Okay, macam mana nak tau free ke tak free, bila korang tengok ada tulis VIP Project warna merah putih dekat bahagian atas kanan macam contoh kt bawah ni. So kalau sekadar nak usha, tu usha lah. tapi nak download tak lepas. 



 Template VIP.

 Free.

 Free lagi.

Free. Tapi kalau nak bayar jugak, bayar dekat aku lah.

Lepas dah click apa yang you guys nak download tu, check dekat bawah to download from prefiles.com warna oren. Click tu. Ada lagi yg dekat bawah bawah tu tapi sebab aku tak tau kenapa tak boleh guna, so aku guna yang ini je.



Click yang Prefiles.com tu.

Next click Free Download tu.

Lepas tu keluar benda ni, right click dekat link biru tu. 

 Pilih lah. kalau ada Internet Download Manager macam ni lagi senang, tapi kalau nak save cara biasa pun boleh. 

Downloading.

Dah siap, lepas tu Extract. Ada lah footages, elements, audio semua (insyaallah) sebab kekadang ada je footage yg tak cukup. Biasa lah, free kan? Tapi still boleh guna.

Lepas tu guna lah.



Done. Kadang Kadang dekat shareae ni ada jugak template untuk poster, tapi dalam format AE. Dah edit dalam AE tu pepandai lah export bawak pegi Adobe Photoshop pulak.
Okay. Dah. Bye!



Labels:


“Kalau kau bagitahu semua benda,
kau tak payah nak ingat apa-apa.”
-Auf Iylia Sarbani-