Assalamualaikum!
instagram / twitter / facebook
← lapuk baru →’
Kem Inspirasi Fizik.
Sunday, April 5, 2015
*Jari-jemari bermain diatas keyboard laptop dikala jam menunjukkan jarum berada tepat pada nombor 4.30, jam 430 pagi. Tak ditekan pun keyboard tu, sebaliknya masih mencari idea. Bukan! Sebaliknya masih berfikir sejenak sama ada mahu post di instagram atau pun di blog. Iya lah, sekarang ni tersangat rare kalau masih menggunakan blog instead of Instagram mahupun Twitter. Kalau Facebook tu memang jauh sekali kalau nak letak seperkara sebegini. Apa boleh buat, zaman dah moden, zaman hipster sekarang ni, "Apa barang pakai blog? Kau ingat ni zaman 90-an? Kau ingat kau tulis dekat blog ni ada orang nak baca?" Setan tiba-tiba mencelah. Ada saja bicaranya memecah-belahkan antara kanan dan kanan, putih dan putih, atas dan atas. Sudah tersuratnya setan diwujudkan begitu.

"I don't have much time to worry such nonsense!" Tiba-tiba kepala otak meraung. 

Lulls. hahahahaha.

3-5 April 2015. Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban (Seremban Science Girl School)

Lari sungguh pembuka kata dekat atas tu dengan tittle post. Ni aku rasa kalau ambik Bahasa Melayu penulisan balik ni mesti fail punya ni. K. 

Setelah sekian lama kembali jugak sebagai fasilitator. The last time i went was, em, last year kot? SEMESTIB's PRS Camp, ke Matrik Pahang? Lost track already. So much event happened recently. Tapi kali ni pun, sebagai fasilitator dan unit multimedia, publisiti, fotografi je. Before this dekat Sabah & Teluk Intan. If it's not the upm's new rule guide apakebende yang kata apa-apa program sekarang tak boleh buat melebihi jarak 250km, dah sampai kelantan dah weekend ni. But everything happens for a reason. Walaupun tak jadi fasi kumpulan, i had fun this past 2 days :) 
Tak tau kenapa. Mungkin salah satu sebab dia, aku ni Ex-SBP? Mungkin. 

Dema, court basketball, aspura aspuri, "Assalamualaikum dan salam sejahtera, perhatian kepada saudari jemah binti ali, sila turun ke dataran sekarang kerana anda punyai tetamu." something like that? Flashbacks strucked me like lightning lulls.

Sampai hari jumaat, then hari sabtu hari 1st program. Masa Ice Breaking tu, fasi buat modul yang tukar tukar kasut tu, and typical normal student would lari lintang pukang, terjerit terlolong cari kasut diorang "weh kasut aku kasut nike warna biru kuning weh! Sape nampak bagi tau aku! Mana kasut aku woi?!" Sambil pegang kasut entah siapa punya macam kibar bendera nak pergi perang dunia ke-12. But what did happen? 
Tiba tiba sorang wakil student jerit suruh buat satu line untuk susun kasut diorang semua. Ye, tersusun. Senang nak cari. Pandai kan? Damn bright! And not just that. Everytime fasi cakap turun sebelum pukul berapa, 
they did. Cukup tepati masa. Praktik disiplin, well manners. Semua tu top class. Life is full of ripple effect comes from every each near you. The wave effect of positivity that impact you guide you to how you are now. 

Sebab aku tak jadi fasi kumpulan untuk kem kali ni, aku macam tak dikenali betul. Bila aku tanya diorang nama aku siapa, "abang photographer" Sedih Tahap dewa! HAHAHAHA Lantak lah, tak ada tempat nak mengadu, mengadu lah dalam blog. Ye tak? HAHAHAHAHA At the end, ada je some student kenal nama aku. Siap minta maaf personally dekat aku sebab tak kenal nama aku dan masa tu buat aku terharu betul. Siap bagi button batch diorang lagi! Yang tu paling aku tak boleh lupa sekali sebab boleh "Apa lah, nama je fasi kumpulan, tapi tak tak dapat apa apa! kahkahkah! (sambil tunjuk button buat muka berlagak.)" Tapi, sebenarnya, aku tak berapa ingat pun nama nama student tu. The only name that i remember is Puteri Arlis Tsharina something sebab nama dia unik sikit plus, 2 3 kali jugak jumpa dia sebab dia supposedly jadi photographer wakil daripada sekolah tu tapi kesian lah. Buat apa dia join program kalau duk pegang camera tangkap gambar? Aku tak apa lah, dah memang tugas aku. Ingat masa dia nak pulang camera aku tu, dapat lah selfie sikit ke exchange twithandle ke insta ke apa, tapi tak sempat. Sedih tahap dewa aku masa tu. Nasib lah tak menitis air mata. K, over betul.

Masa diorang nyanyi lagu batch tu, i was wowed. Padu habis lah batch diorang ni. Serious masa tu memang aku tak bayang benda lain dah selain batch aku sendiri, Cengkudu Rockers 0509. Dan lagu diorang tu macam pernah dengar pulak. Tapi tak ingat lagu apa hahaha Tapi diorang nyanyi semangat betul lah. Aku macam nak join je nyanyi sekali. 

Zaman sekolah memang zaman yang paling best. Bagi aku lah. Setakat ni experience memang lah ada sekolah, matrik, uni's life... but so far bagi aku, sekolah paling best. Ulang alik Johor-Pahang, berdikari merantau sorang sorang since form 1. Best. Maybe sebab bonding dengan batchmate apa semua? Entah lah. Tapi aku rasa diorang punya bonding mesti lagi kuat. Tak ada f=ma yang dapat cut them off, that can tear them from lattice to basis! Maybe ni kem terakhir aku kot? Lepas ni dengan dinner fac yang baru berapa percent progress. intern and so on. lepas AGM dah boleh rilek dah. Alhamdulillah.

Sum up everything, dengan manners macam tu, disiplin macam tu, 10A+ tak ada hal lah adik adik. Wishing you girls the very best, keep up the P=mv. Insyaallah berjaya. Lepas tu masuk Fakulti Sains. hahaha
HIDUP SOVEREIGN 1415!




Labels:


“Kalau kau bagitahu semua benda,
kau tak payah nak ingat apa-apa.”
-Auf Iylia Sarbani-