Assalamualaikum!
instagram / twitter / facebook
← lapuk baru →’
pandangan hina: perspektif ataupun pemikiran?
Thursday, March 26, 2015
 “Bila manusia mahu menjadi Tuhan,
Segala apa yang tidak disukai dijatuhkan hukuman.
Rupa paras bukankah satu kurnia?
Mengubahnya dengan sengaja bukankah mengundang dosa?”


Entahlah.
Padahal benda begini sudah dipupuk sejak dari kecil. Kita diajar melayan setiap orang sama rata, tidak mengira siapa pun mereka. Apa latar belakang mereka dan sebagainya. Adakah kalau kita sakit dan pergi ke pusat perubatan yang di mana pengamal perubatannya tidak sama bangsa dan agama dengan kita, kita akan dihalau pergi begitu sahaja?

Sesuatu untuk difikirkan barangkali.
Begitu juga dengan orang yang melihat warna kulit, saiz tubuh badan dengan pandangan hina dan mengagungkan warna kulit serta saiz badan dia dan keluarga dia sebagai yang ideal. Jadi, bagaimana dengan orang lain yang tidak serupa? Hinanya mereka di mata manusia yang berperangai sedemikian rupa ya?

Barangkali sebagai manusia yang baru mendaki tangga kematangan --- banyak benda yang perlu dipelajari. Tapi aku jujurnya tidak mengerti bagaimana boleh wujud manusia yang membezakan manusia hanya disebabkan paras rupa, warna kulit dan saiz tubuh badan. Dengan kenyataan bahawa jika bersama dengan orang yang 'kekurangan' dalam segi paras rupa, fizikal ini menjadikan keturunan tidak dikembangkan dengan baik, aku hanya mampu meraup wajah mendengarkan ada lagi yang berfikiran dangkal sedemikian rupa.

Dalam keadaan manusia makin maju, lebih canggih rupanya ada manusia yang dangkal dan daif pemikirannya. Kalau paras rupa yang menjadikan seseorang itu hebat dan bukan amalannya, perlakuan dan akhlaknya, barangkali tidak ramai yang layak menjadi baik. Lebih ramai yang akan beratur untuk mengubah penampilan, tubuh yang telah Allah kurniakan. 

Dunia tidak kejam. 

Hidup tidak kejam. 
Manusia-manusia yang hasad dengki menjadikan ia kejam.

Labels:


“Kalau kau bagitahu semua benda,
kau tak payah nak ingat apa-apa.”
-Auf Iylia Sarbani-