Assalamualaikum!
instagram / twitter / facebook
← lapuk baru →’
baksis 44 & 45
Monday, December 17, 2012
assalamualaikum :)
    geez dah berbulan bulan tak update blog ni. mula terasa rindu nak baca apa yang aku tulis *syok sendiri* haha sekarang dah bulan 12. pejam celik pejam celik pejam lagi aku pelik, tengok tengok dah nak final exam dah kan? sesungguhnya masa itu tersangat lah singkat. hanya yang sedar dan gunakan masa tu dengan elok, baru dia rasa berbaloi. 
   3hari lepas, ada Mega Projek Bakti Siswa. dan projek kami dari kumpulan 44 yang hebat ni ialah aktiviti tanam anak benih pokok pokok paya bakau dekat Hutan Simpan Sg Pelek, Sepang. agak teruja jugak menanti hari tu, ye la ingatkan ada mandi pantai ke mandi sungai ke, tapi bila tengok tempat tu, wow boleh ternganga mulut :O mandi lumpur! haha acara kami mula dalam jam 10 lebih macam tu dan sepatutnya kena habis tanam 500 pokok pokok tu sebelum pukul 2 sbb masa tu, air dah mula pasang. i mean, paras air dah mula naik. yeah 500 pokok woi, bukan 5 bukan 50!
5 seringgit 5 seringgit 5 seringgeeeettt ! mari mari mariiii...
*tetibe*
hahaha
  tapi jangan terkejut, dekat kawasan sebelah kitorang pun ada jugak kumpulan lain, kalau tak silap aku dari EMW. (entah amende EMW tu pun aku tak tau) diorang punya acara, diorang kena tanam 1000 pokok. banyak kan? dan nasib baik jugak tempat kami tak macam diorang. diorang siap kena berenang dalam air lumpur tu, yaww. haha. before pukul 1 lagi kitorang dah siap tanam semua 500 pokok tu dan ada masa terlebih, ada some of our group members pegi tolong diorang. hehe baik kan kitorang? ecewah xD 
   lepas siap aktiviti menanam, ucapan jadah semua, masa untuk balik lah. apa lagi kan? a lil clean up. gerak dalam pukul 2 gitu, and berenti sekejap dekat Pantai Bagan Lalang tak silap aku. haha. i guess that's all for this event. oh ya, gambar gambar untuk tatapan umum ada di bawah :) 



perjalanan dari kolej serumpun, ke sepang. tak jauh pun. haaha

 penerangan dan tip tip daripada yang pakar.

 so, mula lah aktiviti menanam. si akak comel tu fasi kumpulan 44 :) 

yang ni dekat spot kumpulan EMW tu. kalau tak hati hati boleh tenggelam dalam paya air masin tu. 

 tenaga kuat Hutan Simpan Sepang dan fasi group.

we BATU the place! \m/

 kumpulan 44 & kumpulan 45.

Pantai Bagan Lalang. cendol tu nama dia cendol power. and i have no idea why it was called that way ._."
 pic epic. katanya ada kalimah Maha Esa kat tengah tengah tu. Allah Maha Besar.

 nak buat posing ombak rindu sebenarnya, tapi tak jadi. yeay me. kahkahkah

alhamdulillah, projek mega bakti siswa dah selesai. means NO MORE CLASS ON SATURDAY!!!!!!!
again, yeayy me! xD hahaha
dan terima kasih pada fadzly, ketua kelas baksis 44 untuk gambar gambar ni :)
nampaknya, insyaallah boleh fokus untuk final exam. pasti kena fokus. untuk kawan kawan, semoga berjaya hadapi study week bagai, use it well. *note to myself*
:) assalamualaikum

Labels:


“Kalau kau bagitahu semua benda,
kau tak payah nak ingat apa-apa.”
-Auf Iylia Sarbani-