Assalamualaikum!
instagram / twitter / facebook
← lapuk baru →’
seseorang yang pernah ku suka dimasa kecilku
Wednesday, August 8, 2012
6.40 pagi . 2004 .
aku keseorangan dalam kelas 6mawar , hari pertama aku masuk ke darjah 6 . terasa awal tersangat sangat tapi nak buat macam mana , aku ni memang dari tadika parent aku hantar aku pi sekolah awal . gaya macam pelajar cemerlang je , padahal dungu semacam je XD haha . seorang demi seorang pun masuk ke kelas , dan aku pun macam biasa dengan mulut aku yang tak bersuara sikit pun . sampai satu masa ni , aku ternampak seorang  perempuan ni . tak berkelip mata aku tengok dia . yeah , nama dia Nur Ani Syakila . yet aku dah skolah kt situ dari darjah 1 tapi disebabkan tiap tahun tu ada sampai 2,3 bilik darjah . tahun ni untuk kali pertamanya aku sekelas dengan dia .
aku suka dia bermula hari yang pertama .
hari demi hari aku perhatikan dia , cara dia berjalan , cara dia bercakap , cara dia menulis , cara dia senyum , cara dia... semuanya pasal dia . ni bukan angau , tapi ini untuk pertama kalinya dalam seumur hidup aku suka betul pada seseorang . maklumlah , kebiasaannya , bila lelaki ni dah suka pada perempuan , apa pun dia boleh buat . ini fakta ya , berapa puluh kali aku terbaca kt twitter quotes macam ni . haha . and lepas beberapa lama , tiap tiap hari masa aku datang awal tu , aku kemas kelas . pegi ke meja dia , kemas kan apa yang patut . sapu ke , susun buku ke , asal kan dia punya . amacam sweet tak aku ? XD hahaha ! yup . ni lah aku masa umur 12 tahun . darjah 6 :)

masa berlalu , UPSR pun dah lepas . result kluar and both of us ambik jalan masing masing . dia still kt batu pahat , aku pula sambung ke skolah kt kuantan . tahun 2008 , aku dikejutkan dengan berita yang sedih sangat . dia , seorang yang pernah aku suka , 'crush' aku , telah pergi menghadap Ilahi . barah tulang kalau tak silap aku ? tapi dulu masa kt skolah rendah , dia lah athlete . rumah sukan apa ek ? lupa pula . tapi tu lah , Tuhan sayang dia lebih .
kali terakhir aku jumpa dia , tahun 2006 tak silap aku ada datang beraya rumah dia . tapi tu pun dia tak kluar dari bilik dia . mak dia kata dia demam . yet , serius aku mcm risau semacam je :(
sangat tak sangka dia pergi dulu . perempuan yang dulu slalu sepak kaki aku tanpa apa apa sebab sampai bengkak kaki aku dibuatnya , perempuan yang dulu selalu buat aku tersenyum macam apakah , perempuan yang dulu selalu cocok aku pakai pensil sampai berlubang kecik kecik baju tu . sakit , memang sakit . tapi tak sesakit hati ni bila tahu kau pergi dulu .



3.25 petang . 08/08/2012 .
sedang aku berdiri di legar ruang penyambut tetamu jakel, batu pahat *ecewaahh ayat lagi nak novel ! kims  betoii XD* aku ternampak orang yang pernah aku kenal . mak , akak , adik late ani's family . aku tak tegur pun , just i got no guts to talk . tengok je dari jauh diaorang masuk ke squareone . lepas pukul brapa entah , aku kt dalam tu ada supervisor suruh aku deco customer , suruh tunjuk kan bonus selepas pembelian . as i was standing in front of the customer ... jeng jeng jeng *drum rolls* orang yang aku sebut tadi lah . terdiam sebentar mulut aku . haha . serious aku tak boleh bukak mulut . jantung aku dubdabdubdab  je . saat bagaikan tahun . *melebih dah ni XD* then , cik tu tengok aku muka pelik je . dia baca name tag aku . "eh , ni auf ke ? kawan ani kan ?" and i was like :'))))) terharu yang teramat . haha . meanwhile akak yan dah bingung sape lah mak dia talk too . hahaha . yup , muka akak yan dengan Ani Syakila tu memang serupa . kurus-kurus putih tapi pipi tembam . lepas tu , we had a lil conversation while waiting tuk isi borang cabutan bertuah tu .
what a moment . sebab jumpa family je , tapi semua kenangan tu muncul dalam kepala otak aku . macam dalam movie je :|  yes , she's the first person yang buat jantung aku dubdabdubdab masa aku kecik kecik dulu . terpulang korang nak kata mengarut ke apa ke , tipu lah kalau korang tak pernah rasa . well , kalau nak tau , ni lah yang aku rasa :) and moga Tuhan himpunkan dia pada golongan yang sebaiknya .

well now , here comes another one . and aku tak nak cerita pasal ni sebab ....







biarlah rahsia buat masa ini . thanks for stopping by , happy fasting ;)

Labels:


“Kalau kau bagitahu semua benda,
kau tak payah nak ingat apa-apa.”
-Auf Iylia Sarbani-